Monday 19 May 2014

TINTA RAUDHAH SYUHADA


ASSALAMUALAIKUM...


Sebagai seorang Hamba Allah yang memegang peranan sebagai isteri dan ibu sudah semestinya impian untuk hidup dalam suasana kekeluargaan yang Sakinah (tenang) Mawaddah (penuh rasa cinta) dan WaRahmah (penuh kasih sayang) dalam melayari kehidupan seharian. 

Pengertian terperinci SAKINAH MAWADDAH WARAHMAH


Sakinah beerti kedamaian, ketenteraman,ketenangan dan kebahagiaan. Dalam sebuah perkahwinan sakinah bermaksud membina sebuah rumahtangga yang penuh dengan ketenteraman, ketenangan dan selalu berbahagia dan harmoni.


Mawaddah beerti CINTA atau HARAPAN. Dalam sebuah perkahwinan cinta sangat penting dan harus selalu ada pada pasangan suami isteri.Mencintai baik di waktu senang mahupun jika ada musibah melanda.


Warahmah ertinya KASIH SAYANG. Didalam sebuah keluarga, kasih sayang adalah sangat penting dan harus dijaga agar impian menjadi keluarga bahagia dan idea akan tercapai.


Dengan ini matlamat atau IMPIAN KELUARGA SAKINAH MAWADDAH WARAHMAH adalah visi saya agar ALLAH mengurniakan keluarga yang selalu diberikan kedamaian, ketenteraman dan disulami dengan rasa penuh cinta dan kasih sayang. Kunci utama adalah meluruskan niat kita bekeluarga kerana ingin mendapat REDHA ALLAH di DUNIA dan AKHIRAT.


Ahamdulillah 17hb Mei 2014..Genap usia perkahwinan saya 17tahun. Dengan kurniaan rezeki 8 cahayamata (4 lelaki & 4 perempuan). Nikmat dan anugerah yang tidak ternilai ini adalah tanggungajawab yang diamanahkan ALLAH untuk saya mencoraknya.  


Hadis Rasulullah bermaksud "Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah).Ibubapalah yang bertanggungjawab mewarnakan dan mencorakkan sama ada menjadi Yahudi, Nasrani & Majusi (Riwayat Bukhari dan Muslim)




Syukur setelah bertungkus - lumus dengan dunia pekerjaan yang begitu mencabar selama 15 tahun…akhirnya ketika umur saya 40 tahun saya nekad untuk menjadi surirumah sepenuh masa. Inilah yang saya idamkan selama ini untuk melihat anak-anak membesar di depan mata dan saya dapat melaksanakan tugas seorang ibu dan dapat meluangkan masa mendidik anak-anak demi impian Keluarga Sakinah Mawaddah Warahmah. Walaupun ada terdetik kenapa saya tidak mengambil peluang ini sejak awal lagi…tetapi semuanya sudah tertulis yang saya mendapat peluang ini ketika agak lewat dan anak yang sulung sudah berumur 15 tahun ketika itu tetapi sekurang2nya ALLAH telah memperkenankan doa saya. Bak kata pepatah "BETTER LATE THAN NEVER"…dan saya mohon kepada ALLAH agar peluang ini dapat saya galas dengan sebaik mungkin.

Sekarang sudah 2 tahun saya sebagai surirumah sepenuh masa. Pahit manis dan penat lelah ianya mematangkan saya untuk terus memberikan yang terbaik buat anak-anak yang tersayang. Untuk merealisaikan impian ini tidak mudah dizaman yang penuh dengan cubaan dan dugaan…ianya memerlukan usaha yang gigih dan konsisten selain melengkapkan diri dengan ilmu2 untuk menuju Keluarga Sakinah Mawaddah Warahmah. Dengan ini terpanggil untuk saya membuka blog ini dengan menggunakan IMPIAN saya ini sebagai tajuk Blog saya. Blog ini menjadi tempat  untuk saya mengumpul bahan bacaan penulisan tips..doa-doa dan idea- idea dari blogger lain yang menjadi rujukan saya. Dan Insyaallah dengan masa yang sangat terhad dengan rutin seharian, saya juga akan cuba memberi input dari pengalaman sendiri. Semuga segalanya dipermudahkan oleh ALLAH dalam mengejar IMPIAN KELUARGA SAKINAH MAWADDAH WARAHMAH.




AAMIIN…Insyaallah.